Bila bangun tidur, pegang tangan, 'argh.. terasa berminyaknya muka. Siang pun sama. ketika matahari terik memancar, minyak akan keluar. Kalau boleh dibuat goreng ikan ok juga. Kulit muka berminyak ni sebenarnya dialami oleh kebanyakan orang. Tetapi kebanyakan mereka tidak pasti sebab terjadinya dan cara untuk atasi masalah ini.
![]() |
Sebenarnya minyak yang keluar dekat muka ini ada fungsinya tersendiri, tetapi bila berlebihan akan memudaratkan. Pori akan tersumbat, kulit jadi kusam, jerawat dan jeragat membiak dengan jayanya. Kesannya, akan buatkan pemilik jadi rendah diri untuk bersosial.
Kulit berminyak ni banyak faktornya. Antara yang dikenalpasti ialah:
1. Selalu makan makanan berminyak. Cuba perhatikan wajah kita jika makan makanan bergoreng. pasti akan perasan muka kita akan sedikit berminyak dan melekit.
2. Salah guna kosmetik. Tersalah alat kosmetik akan mengundang rembesan minyak berlebihan pada wajah.
3. Hormon tidak seimbang. Biasanya ini terjadi pada remaja yang sedang meningkat umur atau wanita hamil dan hampir monopus.
4. Keturunan. Yang ni tidak boleh diubah tapi boleh dirawat/dikurangkan.
Sekarang kita sudah tahu penyebab kulit berminyak ni, sekarang Kak Wan kongsikan cara untuk mengatasinya pula.Terdapat banyak cara yang boleh digunakan. Antara yang senang di'apply'
1. Cuci muka 2 kali sehari. Pastikan bangun tidur dan sebelum tidur, muka dibersihkan dengan menggunakan pencuci muka.
2. Masker 3kali seminggu. Boleh gunakan masker semulajadi seperti putih telur, masker timun atau tomato. Timun dan tomato boleh diblend dan disapu ke wajah selama 30minit. bilas dengan air pada suhu bilik.
3. Minum air putih sekurangnya 2liter sehari untuk mengekalkan kadar kelembapan kulit dan menyingkirkan toksin dalam badan.
4. Jangan gunakan tuala, span atau kain untuk menyapu muka kerana bahan kasar ini akan lebih merangsang pengeluaran minyak.
5. Elak basuh muka dengan air suam. Ini akan membuka pori dimuka dan hilangkan minyak semulajadi pada muka.
Ilmu tanpa amal sia-sia kan, Sudah tahu, tinggal nak buat je lagi. moh ler kita lenyapkan kulit berminyak di wajah.
Produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini merupakan iklan produk suplemen


No comments:
Post a Comment