Mi Goreng Hailam Simple

Menurutkan permintaan Si Anak,lepas maghrib terus masuk dapur Kak Wan. Bahan sudah Kak Wan sediakan sebelum solat tadi. Jadinya Zasss. Dalam masa 10 minit. Tersedia semangkuk besar Mi Goreng Hailam.

Resepi campak-campak je.

Bawang putih*
Cili giling* ditumbuk
Sos tiram
Kicap
Sos cili
Sos tomato
Ayam
Sotong
Bunga kobis
Sawi
Karot.

Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang. Goreng sehingga naik bau. Masukkan cili kisar. Biarkan sehingga pecah minyak.

Selepas itu. Masukkan kicap dan sos-sos tadi. Biarkan sebati kejap. Masukkan ayam dan sotong. Boleh juga ditambah fishball atau lauk lain. Bolehlah di masukkan bunga kobis dan karot. Sawi di masukkan kemudiaan bersama mi.

Kemudian, tuang air sesedap rasa. Sebab nak kuah banyakkan. Jangan melimpah kuali pula. Bila air sudah menggelegak, masukan mi,kacau seketika. Terus angkat  takut kuah kering pula.

Tada.. siaplah Mi Goreng Hailam Simple dari Kak Wan untuk anak-anak tersayang. 

Share this article:

No comments:

Post a Comment